MODEL MONTESSORI (1870-1952)
Model Montessori dipelopori oleh
Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada
tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekali
gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam
pendidikan kanak-kanak. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu
pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya
masih diteruskan lagi melalui “Association
Montessori Internationale (AMI)” di Amsterdam, Netherlands sehingga kini.
Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak- kanak diperingkat awal
lagi.
Menurut Montessori, kanak-
kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila
mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan
beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat
awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh
Montessori adalah seperti berikut:
Penggunaan sensori-deria
Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap
sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia
untuk diajarkan konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh
Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam
Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang
berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar
melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya
sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat
dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu
pendidikan tidak formal kepadanya.
Penerokaan kepada persekitaran
Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan
bahawa persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran
yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan
pengetahuan kanak- kanak apabila mereka memerlukannya. Di samping itu, dalam
ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala
aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa,
aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau
teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang tersembunyi dan
tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa disedari.
Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong
oleh Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat,
masa atau perhatian yang diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga
kanak- kanak, mungkin akan menyebabkan kanak-
kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih berfaedah walaupun hakikatnya adalah
sebaliknya.
Belajar melalui aktiviti bermain
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar,
bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar
pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak-
kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami
sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik
dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain
merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. Melalui
aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak
melakukan aktiviti yang kreatif.
Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan
pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang membina pengalaman baru dan
berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada
otak kanak- kanak tersebut. Pernyataan ini
menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak akan turut
berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk
menjadi lebih kreatif.
Tempoh sensitif
Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia
enam tahun dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan
dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini
dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang sangat
sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanak- kanak perlu
dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing
untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat. Tempoh sensitif
adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak- kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak- kanak menunjukkan
kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya
soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan
pengajaran.
Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952)
dalam Azizah Lebai Nordin (2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh
masa sensitif, kanak- kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih
berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli pendidik awal kanak- kanak
menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). Selain
daripada model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan,
terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori
interaksi.
TEORI
INTERAKSI
Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak
formal dapat dihasilkan bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga
dengan sesama rakannya. Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat
menghasilkan teladan moral dan sosial kepada diri kanak- kanak tersebut. Selain
itu, teori interaksi ini juga dapat membantu pertukaran informasi sehingga
menjadi sumber yang penting bagi pembelajaran tidak formal kanak- kanak.
Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut
mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak-
kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin
ramai orang yang kanak- kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang
akan dipelajarinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar